Thursday, October 17, 2013

UCAPAN BAJET 2014 : PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR DAN PENGURUSAN SUMBER


155. Bagi memperkukuhkan pembangunan teknologi hijau negara, Kerajaan akan memberi galakan Elaun Cukai Pelaburan ke atas pembelian peralatan teknologi hijau dan pengecualian cukai pendapatan ke atas penggunaan perkhidmatan serta sistem teknologi hijau.

KOMEN/PANDANGAN

1.        Insentif –insentif yang dinyatakan  bukan  merupakan perkara baru dah telah dilaksanakan tahun 2001 dan semuanya merupakan sesuatu yang amat baik dan menarik yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan.

2.        Walau bagaimana pun sambutannya agak kurang menggalakkan disebabkan faktor-faktor berikut:
i)          Prosedur  tidak jelas, proses permohonan  kurang mesra perniagaan dan kriteria penilaian yang kurang konsisten dan telus;

ii)        Permohonan  melibatkan beberapa agensi yang kurang diselaraskan.Sebagai contoh, permohonan insentif ITA dan pelepasan cukai jualan/import dipohon di MIDA yang kemudiannya dimajukan kepada Suruhanjaya Tenaga untuk penilaian teknikal.Tiada jangka masa yang  ditetapkan yang boleh diharapkan oleh pemohon tentang berapa lama proses akan diselesaikan sehingga mendapat keputusan.

iii)       Kekurangan kakitangan dan kakitangan yang  kompeten danaccountability tentang agensi mana sebenarnya yang bertanggungjawab dalam perlaksanaannya terutamanya dalam menyediakan khidmat nasihat dan bantuan teknikal kepada para pemohon terutamanya di kalangan pihak industri kecil dan sederhana yang tidak berkemampuan melantik syarikat perunding atau pakar luar untuk membantu mereka membuat permohonan.



3.   Tiada mekanisme untuk memantau agar setiap projek yang telah diluluskan telah mencapai objektif penjimatan tenaga atau hijau seperti mana yang telah dinilai dan diluluskan.

CADANGAN

1.        Dapatkan statistik
i)          jumlah permohonan insentif projek  penjimatan tenaga, produk cekap tenaga
ii)     Jumlah permohonan  insentif projek dan produk tenaga boleh diperbaharu
iii)    Jumlah pelaburan oleh setiap jenis insentif
iv)   Jumlah impak penjimatan tenaga oleh setiap permohonan yang telah diluluskan (penjimatan tenaga untuk projek dan saiz pasaran untuk produk)

2.        Nilai keberkesanan insentif yang sedang dilaksanakan
i)          Prosedur dan proses
ii)        Kapasiti dan kepakaran agensi-agensi yang terlibat
iii)       Impak keseluruhan

3.        Bangunkan dan laksanakan prosedur yang mesra perniaagan, telus dan lebih kurang masa untuk mendapat kelulusan.

4.        Bangunkan mekanisme dan laksanakan pemantauan untuk memantau keberkesanan setiap projek yang diluluskan.

5.        Tetapkan agensi teknikal yang mempunyai kapasiti dan kepakaran teknikal yang akan bertindak sebagai pusat sehenti untuk pelaksanaan dari segi khidmat nasihat dan bantuan teknikal.

-------------------------------------------------------------------------------------------

156.  Ke arah menggalakkan amalan gaya hidup hijau, Yayasan Hijau Malaysia akan ditubuhkan yang akan berperanan dalam mempromosi dan meningkatkan penyertaan badan korporat, masyarakat dan awam terhadap teknologi hijau. Untuk itu, geran pelancaran sebanyak 15 juta ringgit akan disediakan sebagai dana permulaan untuk Yayasan Hijau Malaysia.


KOMEN/PENDAPAT
1.        Penubuhan Yayasan hijau juga menunjukkan kegagalan agensi-agensi sedia ada yang berkaitan dengan teknologi hijau dalam menjalankan fungsi masing-masing.

2.        Sekarang telah pun ada, Malaysia Green Technology Corporation, Suruhanjaya Tenaga dan Sustainable Energy Development Authority( SEDA Malaysia) yang telah pun mempunyai sumber dan infrastruktur sedia ada untuk melaksanakan fungsi-fungsi promosi dan menggalakkan penggunaan teknologi hijau.

3.        Itu tidak termasuk lagi NGOs  yang telah pun mempunyai kepakaran dan kemampuan dalam program-program hijau seperti CETREEE USM, CETDEM dan pertubuhan-pertubuhan industri dan professional yang boleh dilibatkan. Selain daripada itu terdapat kementerian,  agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang turut terlibat dalam perkara-perkara berkaitan dengan teknologi hijau  seperti kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi,  Agensi  Inovasi Malaysia  dan juga di peringkat negeri seperti Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar di Johor dan Perbadanan Teknologi Hijau dan Akademi Hijau di Melaka yang telah pun mempunyai blueprint teknologi hijau untuk dilaksanakan.

4.        Tidak cukupkah organisasi-organisasi sedia ada untuk melaksanakan fungsi-fungsi promosi dan kesedaran dan untuk pembangunan teknologi hijau?

5.        Di manakan Roadmap atau Pelan Induk Teknologi  Hijau Nasional yang telah dimulakan kajian dan pembangunannnya sejak tahun 2010 oleh  KeTTHA dengan perunding-perunding yang telah dilantik?


CADANGAN
1.        Tetapkan kumpulan-kumpulan  sasar untuk program-program  promosi dan pembangunan.

2.        Sediakan KPI yang perlu dicapai untuk setiap kumpulan sasar.

3.        Agihkan peruntukan RM15 juta berkenaan kepada organisasi-organisasi mengikut merit kepakaran dan kumpulan sasar yang sesuai dengan setiap organisasi.

4.            Lantik satu agensi sebagai penyelaras dan pemantau status program yang dilaksanakan oleh setiap organisasi yang diberikan peruntukan.

-------------------------------------------------------------------------------------------

158. Bagi terus meningkatkan kecekapan dan penjimatan penggunaan tenaga elektrik, Kerajaan akan melaksanakan audit tenaga dan memasang retrofit di bangunan-bangunan kementerian. Bagi tahun 2014, Kementerian Kesihatan, Sumber Manusia, Belia dan Sukan, Pertanian dan KPDNKK telah dikenalpasti untuk pelaksanaan inisiatif ini. Selain itu, Kerajaan akan memasang solar panel di bumbung bangunan Kementerian-kementerian serta menggantikan lampu sedia ada kepada lampu LED secara berperingkat.


KOMEN/PANDANGAN

1.        Audit tenaga memerlukan kos dan kos yang pernah dibelanjakan hanya untuk mengaudit setiap bangunan dalam lingkungan lebih kurang RM150 ribu hingga hampir RM300 ribu setiap bangunan berdasarkan audit-audit tenaga yang telah dijalankan di  bangunan kerajaan sebelum ini.

2.        Kos retrofits untuk penjimatan tenaga agak tinggi untuk mencapai penjimatan yang maksima seperti mana yang telah dilaksanakan sebagai projek perintis dan demonstrasi oleh KeTTHA dengan peruntukan kementerian di Bangunan Perbendaharaan, MAMPU, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan lain-lain  pada tahun 2010 hingga 2012.

3.        Mengapa perlu dibazirkan sumber kewangan kerajaan untuk kerja-kerja retrofits lagi untuk audit tenaga sedangkan di dalam EPP9 sektor Minyak,Gas dan Tenaga,ETP telah pun dicadangkan dan diterima pakai kaedah Kontrak Prestasi Tenaga atau Energy Performance  Contractig (EPC) Model perkongsian penjimatan untuk melaksanakan program penjimatan tenaga di bangunan-bangunan kerjaaan dengan konsep lead by example oleh kerajaan(Panduan pelaksanaan EPC di lampirkan).

4.        Konsep EPC tidak melibatkan apa-apa  kos upfront oleh kerajaan dimana segala pelaburan ialah oleh pihak swasta iaitu syarikat-syarikat  perkhidmatan tenaga(ESCOs) dan dibayar hanya daripada penjimatan sebenar yang dicapai dalam tempoh tertentu yang dipersetujui bersama-sama syarat-syarat yang melindungi kepentingan dan menguntungkan kedua-dua belah pihak. Dengan konsep EPC juga, kos audit tenaga adalah tidak perlu dibayar oleh kerajaan kerana ia merupakan proses asas yang perlu dilakukan oleh ESCO untuk mengenalpasti jumlah potensi penjimatan dan pelaburan yang diperlukan untuk melaksanakan kerja-kerja retrofit di setiap bangunan.

5.        Pada tahun 2011 KeTTHA telah mengenalpasti 128 buah bangunan Kerajaaan yang terdiri daripada bangunan Kementerian, IPTA dan hospital yang dilabel sebagai  pengguna terbesar tenaga elektrik  dan bil-bil elektrik bagi entiti-entiti Kerajaan tersebut berjumlah hampir RM600juta setahun pada kadar tariff elektrik sekarang.

6.        Pihak Kementerian Kewangan pun telah mengesahkan kaedah EPC boleh dijalankan dan telah membuat satu kod baru 222801-Perkhidmatan Teknologi  untuk ESCO berdaftar dengan mereka yang membolehkan pembayaran dibuat oleh agensi-agensi kerajaan.

7.        Selain  daripada itu pihak Malaysia Association of Energy Services Company(MAESCO) pernah mengemukakan cadangan pada tahun 2011 kepada pihak KeTTHA dan ahli-ahlinya bersedia membantu kerajaan dengan jumlah pelaburan sejumlah lebih kurang RM1 billion  untuk melaksanakan projek penjimatan tenaga disemua bangunan tersebut.

8.        Jumlah pelaburan tersebut akan digunakan untuk menjimatkan penggunaan tenaga secara menyeluruh di setiap bangunan seperti sistem penyamanan udara, sistem pencahayaan dalaman dan luaran, kawalan beban maksima(Maximum Demand) dengan menggunakan teknologi-teknologi baru yang cekap tenaga seperti chiller cekap tenaga, variable speed drives, lampu-lampu jenis T5, CFL dan LED dan juga kesesuaian untuk menggunakan mengaplikasikan sistem solar PV. Lampu LED diakui cekap tenaga tenaga harganya masih agak mahal sedangkan masih ada lagi  teknologi lampu yang cekap tenaga dan boleh membeli pulangan yang lebih pendek tempoh masanya. Selain daripada itu juga, tumpuan retrofit sepatutnya lebih ditumpukan kepada sistem penyamanan udara berpusat  yang menggunakan tenaga sebanyak 40-60% dibangunan-bangunan kerajaan berbanding lampu sebanyak lebih kurang 15-20% sahaja.

9.        Selain daripada itu, terdapat ESCOs tempatan yang berkeupayaan dan mempunyai kepakaran dalam melaksanakan projek-projek EPC di bangunan-bangunan sektor swasta di dalam dan di luar negara.

10.    Pelaksanaan konsep EPC dengan konsep leading by exampleoleh kerajaan juga akan merancakkan lagi pelaburan terus domestic(DDI) dan membuka peluang-peluang ekonomi dan mencipta peluang-peluang pekerjaan baru untuk tenaga kerja mahir dan separa mahir  dalam bidang  audit tenaga, pengurusan tenaga, pengukuran tenaga dan pemantauan prestasi tenaga yang semuanya merupakan kepakaran berasaskan pengetahuan yang juga boleh dieksport ke luar negara pada masa hadapan.

11.    Apakah sumber-sumber kewangan yang akan digunakan oleh kerajaan untuk kerja-kerja audit tenaga dan retrofit yang dicadangkan tersebut kerana jika ianya menggunakan dana kerajaan, ia akan menjadi pilihan yang kurang bijaksana berbanding pilihan yang ada.

12.    Kenapa kerajaan perlu membazir bila pilihan yang lebih baik dan telah terbukti di Amerika Syarikat, Thailand dan Jepun di mana semua projek penjimatan tenaga dengan EPC dimulakan di bangunan-bangunan milik kerajaan yang seterusnya menjadi ikutan pihak swasta., Taiwan dan lain2 negara?  

13.    Tidakkah kerajaan sepatutnya lebih berkhemah dalam menggunakan dana awam?.

CADANGAN

1.        Melaksanakan projek-projek penjimatan tenaga dibangunan kerajaan dengan pendekatan-pendekatan berikut:

Langkah-langkah penjimatan tenaga tanpa kos/kos minima
i)          Menyediakan penyataan dasar tenaga sektor kerajaan dan melancarkannya di peringkat pusat dan setiap negeri.
ii)        Menetapkan setiap agensi membangunkan dan melaksanakan sistem pengurusan tenaga di agensi masing-masing.
iii)       Mengenalpasti langkah-langkah penjimatan tenaga tanpa kos/kos minima yang boleh dilaksanakan serta merta/tanpa sebarang bajet tambahan.
iv)      Mengemukakan laporan berkara tentang penjimatan yang dicapai.

Projek penjimatan tenaga/retrofit dengan kos besar
Melaksanakan projek-projek penjimatan tenaga yang mempunyai pulangan yang  berdaya saing dan menarik dengan kaedah EPC.

Perbelanjaan dana awam atau sumber daripada kerajaan perlu ditumpukan untuk projek-projek retrofit perintis di bangunan-bangunan yang  dipilih berdasarkan sektor atau fungsi kegunaan di peringkat kerajaan pusat dan negeri.

2.        Untuk bantuan /khidmat nasihat teknikal, dicadangkan ditetap satu agensi yang mempunyai kapasiti dan  kepakaran teknikal untuk:
i)           membantu  dan memantau keberkesanan dalam melaksanakan sistem pengurusan tenaga .
ii)        Menyemak dan memantau untuk mempastikan ESCOs memenuhi semua tanggungjawab dalam kontrak EPC.

3.         Memberi peluang untuk para pemain industri seperti ESCOs untuk memainkan peranan yang aktif dan berkesan untuk mencapai matlamat penjimatan kos tenaga kerajaan dengan konsep perkongsian pintar dan situasi menang-menang.

4.         Menyediakan satu dokumen kontrak EPC yang sebagai rujukan oleh semua agensi yang ingin menggunakan konsep EPC dan memuktamadkan perincian setiap kontrak di agensi masing-masing mengikut syarat-syarat yang dipersetujui bersama dengan ESCO yang dilantik. Deraf dokumen kontrak EPC yang pernah dibangunkan dengan kerjasama antara JKR dan MAESCO boleh dirujuk semula untuk dimuktamadkan struktur dan syarat-syarat asasnya dan seteruskan dibuka sebagai rujukan oleh semua pihak.


5.         Membangunkan dan menetapkan kriteria cekap untuk sebarang pembelian  peralatan/kelengkapan yang menggunakan tenaga di bangunan-bangunan kerajaan.

Tuesday, October 15, 2013

Energy Management Paper at Asia Pacific Regional Conference & Exhibition on ISO55001 & The Future of Asset Management, 12-14 Nov, 2013,Bali


I will be one of the presenters in the conference  which will be held at Bali Nusa Dua Convention Center and also wil have the CEO of TNB as one of the keynote speakers.



The Presentation 

The Abstract of my paper 

Introduction
Energy management has become more significant as one of components in the management of resources in organizations. For organizations with assets in facilities where energy is intensively used and contributing significantly to overall operating costs, energy management has started to be seen as a strategic business move to reduce overall costs to increase profits and sustainable operation.

The combination of the system adopted and technology solutions in energy management implementation require a strong business case to get supports from decision makers to implement and to sustain desired results.

The reduction of wastage resulted from effective energy management implementation as current and future trends to create greener environment while contributing to business sustainability.

The Presentation
In the introduction for the presentation, the speaker will address on why energy management is needed by explaining some key terminologies and the importance of integrating energy management to enhance values in asset management services. The potentials to improve asset’s operational & energy performance to increase profitability for service providers and/or facilities owners will be highlighted briefly.

For the implementation of energy management, understanding on fundamentals and basic  approaches  for sustainable energy management implementation will be discussed and elaborated further which will cover basic components in energy management system, key steps in implementing effective  energy management system and  basics on measurements, monitoring and verification of key energy performance indicators for the system.

The presentation will also share and discuss on the current trends and standards in energy management practices with overview on successful cases studies with significant energy performance improvement and cost reduction. The benefits of adopting energy management standard ISO 50001:2011 - Energy management system will be explained especially on how the standard helps to achieve and sustain desired results with integration of some of its requirements with  ISO55001 standard which defines the requirements for a “management system” for asset management.

To get things moving, the speaker will emphasis on the strategies and tips to ‘sell’ energy management to get the green light from the top which includes preparing the business case of  energy management with key points to get the buy-in from decision makers/top management and business opportunities and investment potentials in sustainable energy management system implementation with other significant potentials from energy management implementation beyond energy costs reduction alone.

Then, among the highlights will be on common key requirements to implement management systems based on ISO50001 standard  for energy and ISO55001 standard for asset that will contribute and sustain cost effective operations and enhance current and future values of facilities by adopting these standards.



The presentation will be wrapped up with highlights on The Way Forward, for energy management based on present and future trends in energy management for sustainability/green businesses with an overview of regional market size and potentials in energy efficiency services for energy management in different categories of energy using sectors. Energy management is set to be seen as one of the strategic business tools towards business sustainability and also greener environment for our life and future generations.

The content
The conference

The day I will be presenting



Details on the conference at http://www.powerskillscentre.com/events/bali-conference

I will share what I am going to experience and  gain from the conference after I am back from Bali...insyaAllah.

Wednesday, October 9, 2013

Latest articles on Energy Efficiency in the media...The Heat & Green +

The Heat # 5 Oct 2013

The Heat # 7, October 2013

Green +, IGEM 2013 Oct 2013

DASAR DAN PELAN INDUK KECEKAPAN TENAGA NASIONAL: MENGAPA MASIH BERTANGGUH?


Kerap kali rakyat Malaysia ditekankan tentang kesan-kesan subsidi dalam sektor tenaga terhadap ekonomi negara dalam jangka masa panjang. Sebagai rakyat yang majoritinya berpendidikan sama ada diperingkat sekolah atau peringkat universiti, kebimbangan terhadap kebergantungan terhadap subsidi boleh difahami namun persoalannya ialah, adakah semua pilihan dan langkah-langkah yang boleh dilaksanakan telah dipertimbangkan sehalus-halus sebelum tindakan pengurangan subsidi dilaksanakan demi kebaikan ekonomi negara?

Untuk memperbaiki ketirisan dan kelemahan-kelemahan kerajaan dalam proses-proses pentadbiran dan operasi  adalah lebih sukar tetapi untuk mengatasi pembaziran wang ketika mengggunakan tenaga secara membazir atau tidak cekap tenaga adalah sesuatu yang lebih praktikal untuk diperbaiki dalam tempoh masa yang dirancangkan.

Setiap unit tenaga yang dijimatkan akan menjadi satu unit RM yang menjadi pendapatan dan boleh dibelanjakan untuk pelbagai tujuan lain. Selain daripada itu, setiap unit tenaga yang dijimatkan juga akan menjimatkan satu unit RM jumlah subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan atau dalam erti kata lain, lebih banyak penjimatan, lebih kurang perbelanjaan oleh kerajaan untuk subsidi bahan api.

Berikut adalah intipati dan ringkasan maklumat yang dibentangkan oleh pihak  Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)pada seminar anjuran MASHRAE pada 25 April 2013 di Kuala Lumpur.

Ringkasan daripada apa yang dibentangkan ialah:
  • Pelan Induk Kecekapan Tenaga Nasional ialah satu pelan induk  untuk menjimatkan penggunaan tenaga negara  dalam tempoh  10 tahun;
  • Sasaran yang ditetapkan ialah untuk mengurangkan penggunaan tenaga negara sebanyak 5.6% (tahun perbandingan tidak dinyatakan);
  • Jumlah penjimatan kewangan yang boleh dicapai dari segi bil elektrik ialah sebanyak RM14.627 billion ringgit(secara purata RM1.46 billion setahun). Saya menjangkakan kiraan adalah berdasarkan kadar tarif elektrik sekarang. Penjimatan akan lebih banyak jika kadar tarif elektrik naik pada masa akan datang;
  • Pelan induk tersebut akan menumpukan kepada tiga sektor utama iaitu industri, bangunan dan kelengkapaan elektrik;
  •  Hanya sebanyak RM987 juta diperlukan dalam tempoh masa 10 tahun tersebut iaitu sebanyak RM98.7 juta setahun sahaja.


Dalam jawapan kepada soalan di Parlimen pada bulan Jun 2013 mengenai status pelan tindakan tersebut, berikut ialah jawapan pihak KeTTHA sekali lagi secara ringkas:
  •  Dasar kecekapan tenaga nasional yang dirangka melalui Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Nasional atau National Energy Efficiency Master Plan(NEEMP), dengan izin kini dalam peringkat semakan akhir. Pelan tindakan ini akan diangkat untuk kelulusan oleh kerajaan selewat-lewatnya sebelum penghujung suku ketiga tahun ini(2013)
  •  Pelan tindakan yang dirangka untuk tempoh sepuluh tahun ini  merangkumi tiga sektor iaitu industri, komersil dan perumahan dan sasaran penjimatan tenaga elektrik dalam pelan tindakan ini jika dipecahkan mengikut jangka masa pendek iaitu 3 tahun sebanyak 2,774GigaWattjam(GWj), jangka sederhana iaitu 6 tahun sebanyak  14,840GWj dan jangka panjang 10 tahun sebanyak 50,594 GWj;
  • Penjimatan yang disasarkan oleh Pelan Tindakan tersebut bernilai RM14.6 billion berdasarkan kadar tariff elektrik semasa;
  • Pelan tindakan ini juga disasar dapat mengurangkan permintaan bekalan elektrik sebanyak 5.6% pada akhir tahun ke-10;
  • Pengurangan ini dapat menanggguhkan keperluan untuk membina janakuasa baru yang dianggarkan dalam lingkungan 3,600 Mega Watt(3.6GW).


Manakala berikut pula ialah  ringkasan maklumat yang dibentangkan oleh pihak KeTTHA pada bulan Mac tahun 2011 ketika sesi bengkel untuk membincangkan Terms of Reference untuk menggubal akta kecekapan tenaga dan penjimatan tenaga  di Hotel Marriot Putrajaya yang dihadiri oleh pelbagai agensi, para profesional dan pakar serta pemain-pemain industri. Maklumat yang sama juga dikongsi sekali lagi pada bengkel dan seminar penggubalan akta yang sama pada bulan November 2011 di Hotel Palace of Golden Horses, Serdang.

Dengan melaksakankan p elan induk kecekapan tenaga, tambahan penjimatan selain daripada penjimatan daripada bil elektrik dalam tempoh 10 tahun  ialah seperti berikut:
  • Kos pembinaan janakuasa baru sebanyak sehingga RM16.6 billion boleh dielakkan
  • Penjimatan kos bahan api  untuk penjanaan tenaga elektrik sebanyak RM22.8 billion untuk gas dan RM1.4 billion untuk arang batu;
  • Penjimatan perbelanjaan kerajaan untuk kos subsidi gas sebanyak RM15.87billion
  • Jumlah penjimatan yang boleh dicapai juga boleh mengelakkan penjanaan kapasiti tenaga baru yang diramalkan diperlukan sebanyak lebih kurang 3.6GW menjelang tahun 2020 oleh Jawatankuasa Perancangan dan Pembekalan Elektrik dan Tarif.



Rakyat Malaysia juga sering dimomokkan beberapa tahun kebelakangan ini dengan keperluan Malaysia  untuk mempertimbangkan penjanaan tenaga  dengan sumber nuklear dan pada masa yang sama loji-loji janakuasa yang baru diluluskan untuk dibina. Pada masa yang sama langkah-langkah yang strategik untuk melaksanakan dasar kecekapan tenaga negara yang akan meminimumkan pembaziran sumber-sumber tenaga dengan penggunaan yang lebih cekap oleh para pengguna masih tidak diberi perhatian yang sewajarnya.

Negara Thailand telah berjaya mengurangkan permintaan tenaga negara sebanyak lebih daripada 15% dalam tempoh 10 tahun yang lepas manakala negara Jepun telah berjaya mengurangkan permintaan tenaga sebanyak lebih kurang 30% daripada tahun 1970-an dengan melaksanakan dasar kecekapan tenaga dan penggubalan dan pelaksanaan undang-undang kecekapan tenaga  terutamanya untuk para pengguna tenaga intensif seperti di sektor-sektor  industri dan bangunan.


KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, impak penjimatan kos tenaga daripada pelaksaaan pelan induk kecekapan tenaga dalam masa 10 tahun berdasarkan kadar tarif elektrik sekarang ialah penjimatan kos tenaga sebanyak RM30.497 billion melalui penjimatan bil elektrik sebanyak  RM14.627 billion dan penjimatan subsidi gas untuk loji janakuasa baru  sebanyak RM15.87 billion masing-masing.

Sementara itu dalam tempoh masa yang sama, perbelanjaan yang boleh dielakkan oleh syarikat penjana-penjana  tenaga seperti TNB dan  Penjana Bebas Swasta ialah sebanyak sehingga  RM16.6 billion untuk pembinaan loji-loji janakuasa baru dan sebanyak RM22.8 billion untuk gas  dan RM1.4 billion untuk arang batu bagi kos-kos  bahan api untuk penjanaan.
 
Jadi, jumlah keseluruhan penjimatan atau impak yang boleh dicapai ialah sebanyak lebih kurang RM71  billion dalam tempoh 10 tahun di mana kerajaan hanya perlu membelanjakan sebanyak rm987 juta sahaja dalam tempoh masa yang sama.

Secara purata, jumlah wang yang boleh dijimatkan setiap tahun dalam tempoh 10 tahun tersebut ialah sebanyak lebih kurang RM7 billion dan akan menjadi lebih banyak sekiranya kadar tarif elektrik dan harga bahan api seperti gas dan arang batu naik dalam tempoh masa yang sama.

Cuba sama-sama kita bayangkan berapa banyak perkara yang boleh dilakukan dengan jumlah tersebut di mana salah satu daripadanya, kerajaan tidak perlu menaikkan kadar tarif elektrik atau kenaikan hanya pada kadar paling minimum agar tidak membebankan rakyat Malaysia.


APA SEBENARNYA?

Pihak kerajaan seolah-olah tidak mempertimbangkan langsung dapatan daripada kajian yang telah dijalankan oleh kerajaan sendiri melalui KeTTHA dalam dasar-dasar tenaga yang akan datang di mana masih terdapat pilihan-pilihan yang lebih praktikal dengan kos yang perlu dibelanjakan oleh pihak kerajaan yang lebih murah iaitu kurang daripada RM1 billion dalam 10 tahun berbanding berbillion yang dibelanjakan  setahun untuk subsidi sektor tenaga dan pengguna.

Antara perkara yang paling mengecewakan JUGA ialah pihak KeTTHA telah pun membelanjakan sebanyak hampir RM2 juta untuk menjalankan kajian dan menyediakan pelan tindakan tersebut sejak tahun 2009 dan telah selesai dalam tahun 2011 namun masih berdolak-dalih untuk memanjangkan kepada pihak kerajaan untuk pertimbangan.

Selain daripada itu, pihak KeTTHA juga telah mengenepikan langsung hampir semua pendapat dan pandangan daripada semua pihak yang pernah terlibat dalam kajian dan pembangunan pelan tindakan tersebut dengan tidak memberi ruang untuk perbincangan secara objektif dan terperinci atau menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan secara rasmi dan tidak rasmi.


Kenapa masih bertangguh?

Apakah ada agenda yang rakyat Malaysia tidak tahu tentang sikap pihak kementerian bertanggungjawab yang asyik berdolak-dalih tentang pelan induk kecekapan tenaga negara tersebut?

Kenapa masih bertangguh bila ia melibatkan kepentingan kesejahteraan dan kebajikan rakyat serta negara?