155. Bagi memperkukuhkan pembangunan teknologi hijau negara, Kerajaan akan memberi galakan Elaun Cukai Pelaburan ke atas pembelian peralatan teknologi hijau dan pengecualian cukai pendapatan ke atas penggunaan perkhidmatan serta sistem teknologi hijau.
KOMEN/PANDANGAN
1. Insentif –insentif yang dinyatakan bukan merupakan perkara baru dah telah dilaksanakan tahun 2001 dan semuanya merupakan sesuatu yang amat baik dan menarik yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan.
2. Walau bagaimana pun sambutannya agak kurang menggalakkan disebabkan faktor-faktor berikut:
i) Prosedur tidak jelas, proses permohonan kurang mesra perniagaan dan kriteria penilaian yang kurang konsisten dan telus;
ii) Permohonan melibatkan beberapa agensi yang kurang diselaraskan.Sebagai contoh, permohonan insentif ITA dan pelepasan cukai jualan/import dipohon di MIDA yang kemudiannya dimajukan kepada Suruhanjaya Tenaga untuk penilaian teknikal.Tiada jangka masa yang ditetapkan yang boleh diharapkan oleh pemohon tentang berapa lama proses akan diselesaikan sehingga mendapat keputusan.
iii) Kekurangan kakitangan dan kakitangan yang kompeten danaccountability tentang agensi mana sebenarnya yang bertanggungjawab dalam perlaksanaannya terutamanya dalam menyediakan khidmat nasihat dan bantuan teknikal kepada para pemohon terutamanya di kalangan pihak industri kecil dan sederhana yang tidak berkemampuan melantik syarikat perunding atau pakar luar untuk membantu mereka membuat permohonan.
3. Tiada mekanisme untuk memantau agar setiap projek yang telah diluluskan telah mencapai objektif penjimatan tenaga atau hijau seperti mana yang telah dinilai dan diluluskan.
CADANGAN
1. Dapatkan statistik
i) jumlah permohonan insentif projek penjimatan tenaga, produk cekap tenaga
ii) Jumlah permohonan insentif projek dan produk tenaga boleh diperbaharu
iii) Jumlah pelaburan oleh setiap jenis insentif
iv) Jumlah impak penjimatan tenaga oleh setiap permohonan yang telah diluluskan (penjimatan tenaga untuk projek dan saiz pasaran untuk produk)
2. Nilai keberkesanan insentif yang sedang dilaksanakan
i) Prosedur dan proses
ii) Kapasiti dan kepakaran agensi-agensi yang terlibat
iii) Impak keseluruhan
3. Bangunkan dan laksanakan prosedur yang mesra perniaagan, telus dan lebih kurang masa untuk mendapat kelulusan.
4. Bangunkan mekanisme dan laksanakan pemantauan untuk memantau keberkesanan setiap projek yang diluluskan.
5. Tetapkan agensi teknikal yang mempunyai kapasiti dan kepakaran teknikal yang akan bertindak sebagai pusat sehenti untuk pelaksanaan dari segi khidmat nasihat dan bantuan teknikal.
-------------------------------------------------------------------------------------------
156. Ke arah menggalakkan amalan gaya hidup hijau, Yayasan Hijau Malaysia akan ditubuhkan yang akan berperanan dalam mempromosi dan meningkatkan penyertaan badan korporat, masyarakat dan awam terhadap teknologi hijau. Untuk itu, geran pelancaran sebanyak 15 juta ringgit akan disediakan sebagai dana permulaan untuk Yayasan Hijau Malaysia.
KOMEN/PENDAPAT
1. Penubuhan Yayasan hijau juga menunjukkan kegagalan agensi-agensi sedia ada yang berkaitan dengan teknologi hijau dalam menjalankan fungsi masing-masing.
2. Sekarang telah pun ada, Malaysia Green Technology Corporation, Suruhanjaya Tenaga dan Sustainable Energy Development Authority( SEDA Malaysia) yang telah pun mempunyai sumber dan infrastruktur sedia ada untuk melaksanakan fungsi-fungsi promosi dan menggalakkan penggunaan teknologi hijau.
3. Itu tidak termasuk lagi NGOs yang telah pun mempunyai kepakaran dan kemampuan dalam program-program hijau seperti CETREEE USM, CETDEM dan pertubuhan-pertubuhan industri dan professional yang boleh dilibatkan. Selain daripada itu terdapat kementerian, agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang turut terlibat dalam perkara-perkara berkaitan dengan teknologi hijau seperti kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, Agensi Inovasi Malaysia dan juga di peringkat negeri seperti Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar di Johor dan Perbadanan Teknologi Hijau dan Akademi Hijau di Melaka yang telah pun mempunyai blueprint teknologi hijau untuk dilaksanakan.
4. Tidak cukupkah organisasi-organisasi sedia ada untuk melaksanakan fungsi-fungsi promosi dan kesedaran dan untuk pembangunan teknologi hijau?
5. Di manakan Roadmap atau Pelan Induk Teknologi Hijau Nasional yang telah dimulakan kajian dan pembangunannnya sejak tahun 2010 oleh KeTTHA dengan perunding-perunding yang telah dilantik?
CADANGAN
1. Tetapkan kumpulan-kumpulan sasar untuk program-program promosi dan pembangunan.
2. Sediakan KPI yang perlu dicapai untuk setiap kumpulan sasar.
3. Agihkan peruntukan RM15 juta berkenaan kepada organisasi-organisasi mengikut merit kepakaran dan kumpulan sasar yang sesuai dengan setiap organisasi.
4. Lantik satu agensi sebagai penyelaras dan pemantau status program yang dilaksanakan oleh setiap organisasi yang diberikan peruntukan.
-------------------------------------------------------------------------------------------
158. Bagi terus meningkatkan kecekapan dan penjimatan penggunaan tenaga elektrik, Kerajaan akan melaksanakan audit tenaga dan memasang retrofit di bangunan-bangunan kementerian. Bagi tahun 2014, Kementerian Kesihatan, Sumber Manusia, Belia dan Sukan, Pertanian dan KPDNKK telah dikenalpasti untuk pelaksanaan inisiatif ini. Selain itu, Kerajaan akan memasang solar panel di bumbung bangunan Kementerian-kementerian serta menggantikan lampu sedia ada kepada lampu LED secara berperingkat.
KOMEN/PANDANGAN
1. Audit tenaga memerlukan kos dan kos yang pernah dibelanjakan hanya untuk mengaudit setiap bangunan dalam lingkungan lebih kurang RM150 ribu hingga hampir RM300 ribu setiap bangunan berdasarkan audit-audit tenaga yang telah dijalankan di bangunan kerajaan sebelum ini.
2. Kos retrofits untuk penjimatan tenaga agak tinggi untuk mencapai penjimatan yang maksima seperti mana yang telah dilaksanakan sebagai projek perintis dan demonstrasi oleh KeTTHA dengan peruntukan kementerian di Bangunan Perbendaharaan, MAMPU, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan lain-lain pada tahun 2010 hingga 2012.
3. Mengapa perlu dibazirkan sumber kewangan kerajaan untuk kerja-kerja retrofits lagi untuk audit tenaga sedangkan di dalam EPP9 sektor Minyak,Gas dan Tenaga,ETP telah pun dicadangkan dan diterima pakai kaedah Kontrak Prestasi Tenaga atau Energy Performance Contractig (EPC) Model perkongsian penjimatan untuk melaksanakan program penjimatan tenaga di bangunan-bangunan kerjaaan dengan konsep lead by example oleh kerajaan(Panduan pelaksanaan EPC di lampirkan).
4. Konsep EPC tidak melibatkan apa-apa kos upfront oleh kerajaan dimana segala pelaburan ialah oleh pihak swasta iaitu syarikat-syarikat perkhidmatan tenaga(ESCOs) dan dibayar hanya daripada penjimatan sebenar yang dicapai dalam tempoh tertentu yang dipersetujui bersama-sama syarat-syarat yang melindungi kepentingan dan menguntungkan kedua-dua belah pihak. Dengan konsep EPC juga, kos audit tenaga adalah tidak perlu dibayar oleh kerajaan kerana ia merupakan proses asas yang perlu dilakukan oleh ESCO untuk mengenalpasti jumlah potensi penjimatan dan pelaburan yang diperlukan untuk melaksanakan kerja-kerja retrofit di setiap bangunan.
5. Pada tahun 2011 KeTTHA telah mengenalpasti 128 buah bangunan Kerajaaan yang terdiri daripada bangunan Kementerian, IPTA dan hospital yang dilabel sebagai pengguna terbesar tenaga elektrik dan bil-bil elektrik bagi entiti-entiti Kerajaan tersebut berjumlah hampir RM600juta setahun pada kadar tariff elektrik sekarang.
6. Pihak Kementerian Kewangan pun telah mengesahkan kaedah EPC boleh dijalankan dan telah membuat satu kod baru 222801-Perkhidmatan Teknologi untuk ESCO berdaftar dengan mereka yang membolehkan pembayaran dibuat oleh agensi-agensi kerajaan.
7. Selain daripada itu pihak Malaysia Association of Energy Services Company(MAESCO) pernah mengemukakan cadangan pada tahun 2011 kepada pihak KeTTHA dan ahli-ahlinya bersedia membantu kerajaan dengan jumlah pelaburan sejumlah lebih kurang RM1 billion untuk melaksanakan projek penjimatan tenaga disemua bangunan tersebut.
8. Jumlah pelaburan tersebut akan digunakan untuk menjimatkan penggunaan tenaga secara menyeluruh di setiap bangunan seperti sistem penyamanan udara, sistem pencahayaan dalaman dan luaran, kawalan beban maksima(Maximum Demand) dengan menggunakan teknologi-teknologi baru yang cekap tenaga seperti chiller cekap tenaga, variable speed drives, lampu-lampu jenis T5, CFL dan LED dan juga kesesuaian untuk menggunakan mengaplikasikan sistem solar PV. Lampu LED diakui cekap tenaga tenaga harganya masih agak mahal sedangkan masih ada lagi teknologi lampu yang cekap tenaga dan boleh membeli pulangan yang lebih pendek tempoh masanya. Selain daripada itu juga, tumpuan retrofit sepatutnya lebih ditumpukan kepada sistem penyamanan udara berpusat yang menggunakan tenaga sebanyak 40-60% dibangunan-bangunan kerajaan berbanding lampu sebanyak lebih kurang 15-20% sahaja.
9. Selain daripada itu, terdapat ESCOs tempatan yang berkeupayaan dan mempunyai kepakaran dalam melaksanakan projek-projek EPC di bangunan-bangunan sektor swasta di dalam dan di luar negara.
10. Pelaksanaan konsep EPC dengan konsep leading by exampleoleh kerajaan juga akan merancakkan lagi pelaburan terus domestic(DDI) dan membuka peluang-peluang ekonomi dan mencipta peluang-peluang pekerjaan baru untuk tenaga kerja mahir dan separa mahir dalam bidang audit tenaga, pengurusan tenaga, pengukuran tenaga dan pemantauan prestasi tenaga yang semuanya merupakan kepakaran berasaskan pengetahuan yang juga boleh dieksport ke luar negara pada masa hadapan.
11. Apakah sumber-sumber kewangan yang akan digunakan oleh kerajaan untuk kerja-kerja audit tenaga dan retrofit yang dicadangkan tersebut kerana jika ianya menggunakan dana kerajaan, ia akan menjadi pilihan yang kurang bijaksana berbanding pilihan yang ada.
12. Kenapa kerajaan perlu membazir bila pilihan yang lebih baik dan telah terbukti di Amerika Syarikat, Thailand dan Jepun di mana semua projek penjimatan tenaga dengan EPC dimulakan di bangunan-bangunan milik kerajaan yang seterusnya menjadi ikutan pihak swasta., Taiwan dan lain2 negara?
13. Tidakkah kerajaan sepatutnya lebih berkhemah dalam menggunakan dana awam?.
CADANGAN
1. Melaksanakan projek-projek penjimatan tenaga dibangunan kerajaan dengan pendekatan-pendekatan berikut:
Langkah-langkah penjimatan tenaga tanpa kos/kos minima
i) Menyediakan penyataan dasar tenaga sektor kerajaan dan melancarkannya di peringkat pusat dan setiap negeri.
ii) Menetapkan setiap agensi membangunkan dan melaksanakan sistem pengurusan tenaga di agensi masing-masing.
iii) Mengenalpasti langkah-langkah penjimatan tenaga tanpa kos/kos minima yang boleh dilaksanakan serta merta/tanpa sebarang bajet tambahan.
iv) Mengemukakan laporan berkara tentang penjimatan yang dicapai.
Projek penjimatan tenaga/retrofit dengan kos besar
Melaksanakan projek-projek penjimatan tenaga yang mempunyai pulangan yang berdaya saing dan menarik dengan kaedah EPC.
Perbelanjaan dana awam atau sumber daripada kerajaan perlu ditumpukan untuk projek-projek retrofit perintis di bangunan-bangunan yang dipilih berdasarkan sektor atau fungsi kegunaan di peringkat kerajaan pusat dan negeri.
2. Untuk bantuan /khidmat nasihat teknikal, dicadangkan ditetap satu agensi yang mempunyai kapasiti dan kepakaran teknikal untuk:
i) membantu dan memantau keberkesanan dalam melaksanakan sistem pengurusan tenaga .
ii) Menyemak dan memantau untuk mempastikan ESCOs memenuhi semua tanggungjawab dalam kontrak EPC.
3. Memberi peluang untuk para pemain industri seperti ESCOs untuk memainkan peranan yang aktif dan berkesan untuk mencapai matlamat penjimatan kos tenaga kerajaan dengan konsep perkongsian pintar dan situasi menang-menang.
4. Menyediakan satu dokumen kontrak EPC yang sebagai rujukan oleh semua agensi yang ingin menggunakan konsep EPC dan memuktamadkan perincian setiap kontrak di agensi masing-masing mengikut syarat-syarat yang dipersetujui bersama dengan ESCO yang dilantik. Deraf dokumen kontrak EPC yang pernah dibangunkan dengan kerjasama antara JKR dan MAESCO boleh dirujuk semula untuk dimuktamadkan struktur dan syarat-syarat asasnya dan seteruskan dibuka sebagai rujukan oleh semua pihak.
5. Membangunkan dan menetapkan kriteria cekap untuk sebarang pembelian peralatan/kelengkapan yang menggunakan tenaga di bangunan-bangunan kerajaan.