Perkongsian pengalaman peribadi dan pembacaan...
Penyaman udara
• Tak payah ada penyaman udara kalau tak perlu atau rasa terbeban dengan bil elektrik.
• Alternatifnya kipas siling/kipas dinding atau kipas berdiri.
• Kalau nak pakai juga
- Beli yang berlabel 5-Bintang Suruhanjaya Tenaga.Ujian makmal menunjukkan ia akan menggunakan kurang 25% tenaga elektrik daripada jenis yang standard/biasa.
- Harga akan lebih mahal sedikit dalam beberapa ratus RM tetapi dengan tempoh penggunaan hingga 7-10 tahun, berbaloi dan akan lebih berbaloi jika ada kenaikan tariff elektrik.
- Pastikan ruang yang sama ada juga dipasang kipas dan guna kipas saja kalau rasa cuaca agak selesa dan tak perlukan penyaman udara dihidupkan
• Masa guna
- Tetapkan suhu dalam linkungan 23 -26oCelcius
- Pastikan tiada/minimumkan apa-apa bukaan yang membolehkan udara yang lebih panas masuk atau udara sejuk keluar dari bilik/ruang
- Jika sejuk pada waktu malam/musim hujan, naikkan suhu dan bukannya pakai selimut yg lebih tebal
- Tetapkan suhu lebih tinggi dalam musim hujan sebab cuaca lebih sejuk di luar
Menggabungkan cahaya matahari untuk pencahayaan rumah dan ruang yang mempunyai penyaman udara pada waktu siang. |
Kipas
• Gunakan yang bertaraf 5-Bintang Suruhanjaya Tenaga.
• Gunakan dan kawal kelajuan kipas mengikut keselesaan dan cuasa semasa.
• Sekarang terdapat teknologi kipas yang beroperasi dengan kawalan bersekali dengan penyaman udara di mana jika suhu sekitaran ruang makin rendah, penyaman udara akan berhenti dan hanya kipas akan beroperasi untuk keselesaan dan sebaliknya.
Peti sejuk
• Pastikan saiznya betul untuk jumlah beban yang akan diisi.
• Jika beli baru atau mahu tukar yang lama, beli yang bertaraf 5-Bintang Suruhanjaya Tenaga. Biasanya kita akan guna peti sejuk selama 10 tahun atau lebih atau sampai rosak, berbaloi untuk melabur lebih sedikit untuk jangka masa panjang.Kita juga perlu ingat bahawa peti sejuk beroperasi sepanjang masa, 24 jam dan sepanjang tahun.
• Kurangkan kekerapan dan tempoh masa membuka peti sejuk.
Televisyen/Decoder/AV Player
• Gunakan TV yang bertaraf 5 –Bintang Suruhanjaya Tenaga
• Jangan biarkan TV “menonton” ada bila tidur di depan TV
• Tutup suis dan tidak tinggalkan dalam stand-by mode kerana ia masih menggunakan tenaga dalam stand-by mode.
Thermopot
• Seboleh-bolehnya, tutup suis jika tinggalkan rumah seharian atau dalam tempoh yang lama dan buka semula sebaik sahaja balik ke rumah atau jika berada di rumah.
Lampu
• Pilih lampu yang cekap tenaga yang mempunyai kadar kuasa Watt yang lebih rendah seperti Compact Fluorescent Lamp(CFL), Lampu tiub fluorescent T5, Lampu LED dan lain-lain.
• Perlu ambil kira juga harga-harga lampu tersebut walaupun ianya jimat tetapi jika terlalu mahal, mungkin tidak praktikal seperti lampu LED. Jika tiada masalah kewangan untuk melabur, adalah amat-amat digalakkan untuk menukar kepada yang paling cekap kerana anda juga akan menggunakan kurang subsidi tenaga daripada orang lain dengan setiap kurangnya unit kWj yang ada gunakan.
• Pasang juga jenis lampu mengikut ruang dan fungsinya. Contohnya, lampu yang rendah Watt untuk stor, tangga dan tandas kerana kita hanya akan berada di dalamnya bukan untuk tempoh yang lama.
Lampu T5 berbanding T8 |
Lampu-lampu Compact Fluorescent Lamp(CFL) untuk menggantikan lampu pijar. |
• Pasang juga jenis lampu mengikut ruang dan fungsinya. Contohnya, lampu yang rendah Watt untuk stor, tangga dan tandas kerana kita hanya akan berada di dalamnya bukan untuk tempoh yang lama.
• Jika baru masuk rumah atau ada bajet, pasang suis untuk lampu yang berlainan untuk setiap fungsi dan suis yang berasingan untuk setiap lampu/fitting jika ruangnya agak besar. Contohnya, dalam bilik tidur, ada suis untuk lampu yang terang, untuk lampu buat kerja di meja dan untuk lampu ketika tidur. Hanya nyalakan lampu mengikut perkara yang dilakukan.
• Gunakan automatic timer atau sensor cahaya atau pergerakan untuk operasi dan menutup lampu di ruang/bilik yang sesuai dan jika mampu.
• Manfaatkan cahaya matahari daripada tingkap untuk pencahayaan diruang-ruang yang sesuai pada siang hari. Tak perlu buka lampu dan hanya buka langsir agar cahaya masuk.
Komputer
• Gunakan komputer riba berbanding komputer meja.
• Gunakan komputer riba dengan bateri dan caj bateri bila diperlukan dan bukannya sentiasa menyambungkan pengecaj dengan sumber tenaga eletrik dan komputer riba.
• Jangan amalkan mengecaj komputer riba daripada malam sampai ke pagi
Telefon mudah alih/pintar atau tablet
• Caj sampai penuh dan tutup suis selepas selesai dan bukannya caj biarkan sepanjang malam
Lain-lain tetapi penting
• Pastikan tiada kelengkapan elektrik yang dibiarkan dalam keadaan beroperasi tanpa keperluan disetiap ruang/bilik seperti lampu, kipas, penyaman udara, komputer dan sebagainya.
• Jadikan amalan-amalan kecekapan tenaga untuk menjimatkan tenaga sebagai aktiviti keluarga.
• Pastikan setiap ahli keluarga tahu dan maklum tentang jumlah penggunaan tenaga setiap bulan dan sebarang pengurangan atau kenaikan akan diberi perhatian oleh semua untuk membuat apa-apa tindakan yang perlu.
• Tekankan kepada semua ahli keluarga terutamanya kepada anak-anak tentang kepentingan menjimatkan tenaga bukan hanya untuk menjimatkan kos tetapi juga untuk melindungi alam sekitar untuk masa depan daripada pembebasan gas karbon dioksida daripada pembakaran bahanapi-bahan api fosil seperti minyak dan gas untuk menjana tenaga elektrik.
APA ITU PENARAFAN BINTANG KECEKAPAN TENAGA OLEH SURUHANJAYA TENAGA?
Label penarafan bintang kecekapan tenaga oleh Suruhanjaya Tenaga |
Boleh semak dipautan di bawah untuk maklumat lanjut
hui banyak tips tu. kalau boleh ikut sume tu komform bil bawah 30 ringgit sebulan.
ReplyDelete